Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SAOW kutip hampir setengah juta sepanjang 2016

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperoleh RM490,404 menerusi perkhidmatan Shah Alam On Wheel (SAOW), sepanjang tahun lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu juga beroperasi 47 kali dalam tempoh sama.Katanya, antara lokasi persinggahan SAOW adalah lokasi tumpuan awam seperti pusat membeli-belah.

“Antaranya, kita beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9; Pasar Raya Giant, Seksyen 18 dan TESCO Setia Alam.

“Pelbagai perkhidmatan disediakan termasuk semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan juga bayaran kompaun, pembelian kupon parking, semakan status aduan serta membuat aduan awam,” katanya.

Pada 2014, SAOW mula diperkenalkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai berurusan dengan MBSA pada hari cuti.

Shahrin berkata, ia menerima sambutan menggalakkan masyarakat dan berharap lebih ramai memanfaatkan perkhidmatan disediakan itu.

“MBSA sentiasa komited meningkatkan perkhidmatan demi kemudahan dan kesejahteraan orang ramai.

“Kami juga berharap dapat menjalin hubungan lebih erat dan mesra dengan masyarakat setempat menerusi SAOW,” katanya.

 

sumber: selangorkini


Kemaskini pada 2017-02-01 08:35:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page