Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Semua urusan libat wang dijaga penuh integriti

SHAH ALAM, 4 APR: Kerajaan Negeri menafikan dakwaan tidak telus dalam menguruskan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah yayasan itu diselesaikan dalam tempoh dua bulan dengan syarat semua dokumen lengkap.

“Pemberian RM1,000 diberikan pada fasa pertama dan fasa kedua untuk warga emas, RM1,500 akan diberikan selepas 2 bulan daripada penyerahan dokumen dari pejabat DUN ke pejabat daerah.

“Jadi, maknanya, RM1,000 dipegang oleh Adun dan RM1,500 dipegang pejabat daerah. Beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) akan menyerahkan wang bantuan SMUE kepada waris pada program dianjurkan,” katanya ketika sesi pengulung Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, tidak wujud masalah menyatakan ADN pegang wang RM2,500 dan ia tidak sampai ke tangan waris.

Pada masa sama, Daroyah menyifatkan dakwaan menyatakan Kerajaan Negeri menyeleweng dana SMUE berniat jahat dan tidak benar.

Katanya, di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri masa kini segala perkara melibatkan kewangan untuk diserahkan kepada rakyat dijaga dengan penuh integriti.

“SMUE di bawah yayasan itu diteruskan sedia ada secara telus untuk memastikan bantuan disampaikan selaras dengan agenda ‘Smart Selangor’ membangun bangsa memakmurkan negeri,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-04-23 13:22:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page