Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program Semarak Ramadan Negeri Selangor diteruskan

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meneruskan penganjuran Program Semarak Ramadan Negeri Selangor 2017.

Ia berlangsung di Padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 30 Mei hingga 22 Jun 2017 dengan tema ‘Ramadhan: Kukuhkan Aqidah, Sebarkan Ukhuwah’.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, program Semarak Ramadan yang dianjurkan untuk tahun ketiga ini bakal diserikan dengan program ilmiah berbentuk santai daripada penceramah jemputan berstatus selebriti selain penyediaan jamuan berbuka puasa.

Menurutnya, beliau berharap program seperti ini mampu diperluaskan di kawasan lain memandangkan ia berjaya menarik minat ramai penduduk di sekitar Shah Alam, Subang, Klang dan Petaling.

“Diharapkan program sebegini dapat dikembangluaskan di setiap daerah dalam Selangor dengan masjid daerah menjadi teraju utama memulakannya.

“Selain itu, masjid dan surau di seluruh Selangor juga digalakkan melaksanakan program iftar (berbuka puasa) bersama ahli qariah setempat bagi merapatkan ukhuwah.

“Saya penuh yakin dan percaya program Semarak Ramadan Negeri Selangor yang menginjak ke tahun ketiga pada tahun ini boleh menjadi tarikan untuk mempamerkan agenda memartabatkan Syiar Islam,” katanya.

Selain itu beliau turut menyeru rakyat khususnya yang beragama Islam supaya terus memberikan sokongan dan berdoa agar segala usaha dilaksanakan untuk mencapai maksud Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur (Negeri Yang aman Sejahtera & Tuhan Yang Maha Pengampun) di Selangor ini dipermudahkan serta diberkati Allah.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:50:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page