SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Selangor yang dianjurkan pada 2 Julai lalu berlangsung meriah dengan kehadiran orang ramai termasuk rakan dagang serantau pelaburan dan kedutaan asing.
Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, dukungan delegasi dari luar negara itu membuktikan hubungan rapat Selangor dengan rakan dagang pelaburan serantau.
Antara delegasi utama dari luar negara yang hadir adalah Her Excellency Kamala Shirin Lakhdir (Amerika Syarikat), H.E Frederic Laplanche (Perancis) dan Yuko Miyagawa (Jepun).
Ia turut dihadiri H.E Michael Winzap (Switzerland), Yu Hyun – Seok (Korea), Rahmatollah Bakhtiari (Iran) dan H.E Attila Kali (Hungary).
Selain itu, majlis turut dihadiri wakil dari rakan dagang antaranya Brunei, Sri Lanka, Nigeria, Yaman, Cuba, Ecuador, Gambia dan Senegal.
Sumber : Selangorkini
Kemaskini pada 2017-07-06 10:03:18 daripada