A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

IDE seiring tuntutan demokrasi, rai pemikiran rakyat

SHAH ALAM, 6 JULAI: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai wahana kepada percambahan fikiran bertepatan tuntutan demokrasi supaya memberi ruang sepenuhnya kepada partisipasi rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha penubuhan itu memerlukan sikap terbuka dan inklusif serta keghairahan membentuk rangkaian dengan pelbagai badan termasuk masyarakat madani juga individu pemikir.

“Sebuah kerajaan demokratik perlu berupaya berdepan fenomena ini kerana mana-mana kerajaan yanag tidak dapat menerima hakikat ini adalah ‘government in denial’.

“Dalam suasana semasa dengan masyarakat bertambah kompleks, matang dan mengetahui hak mereka sebagai warganegara, cabaran bagi kerajaan adalah merangkul serta memahami tuntutan mereka,” katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr dan Perasmian Bangunan IDE, di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengurus dan mengemudi tuntutan itu secara bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat juga kemakmuran negara adalah cabaran bukan kepalang selaras anjuran mantan Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln iaitu “You cannot escape the responsibility of tommorrow by evading it today”.

IMG_20170706_140237Katanya, cabaran sebegitu menuntut IDE sebagai ‘think tank’ membantu Kerajaan Negeri merangka kebijakan yang dapat menangani aspek terbabit serta memelihara kesuburan demokrasi.

“Think Tank mencerminkan kuasa intelektual sesebuah negara, justeru Global Go To Think Tank Index Report 2016 melaporkan lonjakan jumlah ‘think tank’ di China sebanyak 435 dan India (280) mencerminkan kemunculan kembali dua negara Asia sebagai kuasa besar dunia juga peri pentingnya ‘brain power’ sebagai satu dimensi penting.

“Pelaburan diberikan negara Asia terhadap pembangunan kuasa intelek mula mengimbangi dominasi ‘brain power’ Amerika dan Eropah,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kemunculan ‘think tank’ dewasa ini adalah sejajar kebangkitan ‘knowledge economy’ dan tuntutan kepada demokrasi yang kini menjadi fokus Selangor.

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri menyeru sektor swasta melabur dalam pembinaan ‘brain power’ Selangor melalui penubuhan ‘think tank’ yang bebas dengan Selangor akan mendapat manfaat daripada kajian berkenaan.

“Sebagai badan pemikir, IDE mesti berupaya merangkul kepakaran yang ada dalam pelbagai bidang strategik di universiti untuk bertamu dan menterjemahkan usaha kajian dalam bentuk dasar yang boleh dimanfaat Kerajaan Negeri,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-07 08:55:05 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page