A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

SIE2017 sasar lebih 15,000 pengunjung

berita

SHAH ALAM, 14 SEPT: Selangor International Expo 2017 (SIE2017) mensasarkan lebih 15,000 pengunjung dan transaksi jualan lebih tinggi berbanding RM100 juta dicatatkan, pada tahun lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, siri yang dianjur sejak 2015 itu menjadi jalan pintas untuk syarikat dan organisasi bertemu rakan perniagaan berpotensi di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia adalah landasan yang mampu membawa manfaat kepada Selangor dan rantau ASEAN secara keseluruhannya.

“Kami percaya kuasa ASEAN akan lebih kuat membesar apabila kita bersama sebagai satu unit untuk mencapai apa yang mustahil dicapai sendirian.

“Kami juga gembira siri jelajah ke Vietnam, Kemboja, Laos, Indonesia, Myanmar dan Thailand sejak dua bulan lalu membawa lebih dekat dengan rakan ASEAN,” katanya.

berita

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Selangor International Expo 2017 (SIE2017) di Setia City Convention Centre, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Pada 2015, SIE menarik penyertaan 312 syarikat dari 16 negara yang menyewa 411 ‘booth’ dengan kira-kira RM50 juta transaksi direkodkan.

Tahun berikutnya, SIE berjaya menarik 373 syarikat dari 15 negara bagi memenuhi 525 ‘booth’, seterusnya mencatatkan RM112 juta transaksi.

Ie merupakan peningkatan 124 peratus berbanding SIE2015 dan berjaya menarik lebih 10,000 pengungjung.

Tahun ini, lebih 700 ‘booth’ dibuka sepanjang Smart City and Future Commerce Convention dan SIE2017.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-15 07:44:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page