A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor terbesar sedia modal bantu usahawan

berita

SHAH ALAM, 16 SEPT: Seramai lebih 41,000 usahawan di bawah program HIJRAH Selangor membabitkan peruntukan RM261 juta, sehingga September ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata melalui program itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan supaya masyarakat berpendapatan rendah dapat dibantu bagi memajukan diri dengan menyertai bidang perniagaan.

“Sehingga September ini, seramai 41,437 usahawan telah dibantu di bawah program HIJRAH dengan nilai RM261 juta.

“Selangor adalah negeri terbesar memberikan peruntukan kepada usahawan dalam bentuk bantuan modal,” katanya dalam Majlis Penyerahan Baucar Pinjaman HIJRAH Selangor di Kompleks PKNS di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai program menyeluruh iaitu daripada bantuan program ‘bluepint’ untuk golongan kurang berkemampuan hingga kepada mereka telah menjalankan perniagaan seterusnya mampu mencapai taraf Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Katanya, SkimSel dan MiMBAR dijalankan sebelumnya telah ditambah baik menerusi HIJRAH iaitu program bersepadu dicetuskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi mengangkat masyarakat dari golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan bagi meningkatkan ekonomi.

“Pada hari ini, seramai 103 usahawan diraikan bagi menerima bantuan RM886,000 daripada Kerajaan Negeri dimana mereka akan menerima dari RM5,000 hingga RM50,000 seorang.

“Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan HIJRAH Selangor akan meneruskan program pembangunan usahawan telah dirancang untuk golongan usahawan di Selangor,” katanya.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Pegawai Eksekutif HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir; Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Mohd Hilmi Muda dan Pengurus Pembangunan Usahawan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Fasihah Mat Radzi dan hadirin lain.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-18 07:36:25 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page