A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

Skim Dermasiswa pilihan pelajar cemerlang SPM

berita

SHAH ALAM, 25 SEPT: Skim Dermasiswa ditawarkan Kerajaan Negeri diakui sebagai tarikan utama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai Universiti Selangor (UNISEL).

Mendapat 9A ketika SPM 2016, Najmuddin Alias berkata, program yuran pengajian percuma itu dilihat mampu mengurangkan beban kepada pelajar dan keluarga.

“Penawaran Skim Dermasiswa adalah sebab utama mengapa saya memilih UNISEL.

“Saya juga tertarik dengan program ditawarkan di universiti ini yang dilihat lebih komprehensif,” katanya dilapor

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan.

Berpandangan sama, S. Raja Rajeswari mengakui beliau menyenarai pendek beberapa institusi pendidikan namun akhirnya memilih UNISEL atas beberapa faktor.

berita

“Selain Skim Dermasiswa, saya juga menerima banyak respon positif daripada kenalan yang pernah melanjutkan pengajian di sini.

“Saya yakin, saya tidak salah buat pilihan dan berikrar untuk terus memakmurkan nama baik UNISEL,” kata pelajar cemerlang SPM 2016 berasal dari Cheras itu.
Skim Dermasiswa UNISEL merupakan salah satu inisiatif UNISEL dan Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Tahun Asas di UNISEL.

Ia menawarkan pengajian percuma bagi program Tahun Asas TESL, Tahun Asas Teknologi Maklumat, Tahun Asas Pengurusan dan Tahun Asas Sains.
Bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukan September 2017 akan dilanjutkan sehingga 6 Oktober 2017 nanti.
Mereka boleh terus datang ke kampus Bestari Jaya atau Shah Alam untuk membuat pendaftaran dengan membawa dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55223400 atau 012-3401740 atau 011-33907681

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-26 07:20:08 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page