Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Skim Smart Sewa bantu miliki kediaman sendiri

berita

PUCHONG, 7 OKT: Sebanyak 110 unit kunci rumah bagi Skim Smart Sewa di Pangsapuri Damai, Bandar Kinrara diserahkan kepada penyewa pada kadar RM550 hingga RM650.

Majlis Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Dato’ Menteri Besar dalam ucapan perasmiannya berkata, Skim Smart Sewa dilaksanakan atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesukaran rakyat mendapatkan bantuan pembiayaan peribadi daripada bank.

Beliau berkata, fokusnya tertumpu kepada dua matlamat utama memastikan individu berkelayakan mendapat akses kepada pembelian rumah selepas tempoh kadar sewa tamat.

“Skim ini dilaksanakan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah yang tidak mendapat pembiayaan daripada bank dapat membeli rumah.

“Kerajaan Negeri sedar, sebahagian penyewa mahu memiliki rumah, namun kerana masalah perbankan itu, ia menghalang kepada proses untuk pembelian rumah.

“Justeru, skim ini diperkenalkan menerusi bantuan kewangan sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi merealisasikan hasrat itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci di Dewan Pangsapuri Damai Utama.

berita

Terdahulu, Smart Sewa merupakan program Kerajaan Negeri yang membantu penyewa memiliki kediaman menerusi pemulangan deposit sewa pada kadar minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Pemulangan deposit berkenaan boleh digunakan sebagai wang pendahuluan bagi pembelian membeli kediaman.

Difahamkan, sebanyak 862 unit rumah mampu milik disediakan di bawah pelaksanaan skim berkenaan dengan 221 daripadanya sudah ditawarkan kepada pembeli sementara 641 lagi unit telah dikenalpasti.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-10-09 12:11:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page