A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jangan percaya tarikh bubar Parlimen dan PRU 14 tular di media sosial

image

SHAH ALAM, 28 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menasihatkan orang ramai tidak mempercayai tarikh berhubung pembubaran Parlimen dan Hari Pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh yang tular di media sosial kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari, penamaan calon pada 11 Februari, manakala Hari Pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018 adalah tidak benar.
“Perkara itu langsung tidak munasabah kerana tarikh pembubaran dan pengundian dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti dinyatakan di bawah Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai tarikh yang tular itu kerana hak membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, terdapat mesej yang tular di media sosial kononnya pembubaran Parlimen, penamaan calon dan Hari Pengundian PRU-14 akan berlaku, pada tiga tarikh itu.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-12-29 10:04:58 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page