A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

i-ADU: Aplikasi aduan kini di hujung jari

SHAH ALAM, 24 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenaklan apliskah i-ADU bagi memudahkan pengurusan aduan secara efisien dan berkesan.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan, pengguna boleh membuat aduan secara terus dan menyemak penerimaan maklum balas terhadap aduan dikemukakan.


 
Katanya, aduan boleh dilaporkan secara 24 jam di dalam aplikasi i-ADU bertujuan memudahkan orang awam membuat aduan selain menyalurkannya melalui laman sesawang, talian bebas tol 1800-884477, secara bersemuka, surat, borang dan aduan di media sosial MBSA.

“Pelaksanaan aplikasi i-ADU juga selaras usaha MBSA menjayakan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti digariskan Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan sistem pengurusan aduan lebih moden dan mudah diakses.

“Pengenalan aplikasi ini juga merupakan komitmen berterusan MBSA untuk mempertingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian (delivery system) MBSA demi kemudahan dan kesenangan masyarakat, khususnya warga Shah Alam,” menurut kenyataan itu.

MBSA berkata, setiap aduan diterima melalui aplikasi terbabit akan direkodkan ke dalam sistem aduan iResponz MBSA dan nombor rujukan akan diberi kepada pengadu dalam bentuk pesanan ringkas (SMS).

“Pengguna boleh memuat turun aplikasi berkenaan melalui Google Play Store dan membuat pendaftaran bagi mendapatkan kata laluan mengakses aplikasi ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan sistem i-ADU, orang awam boleh menghubungi Unit Aduan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1569 dan 1606.

 

sumber: selangorkini


Kemaskini pada 2018-01-25 09:17:24 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page