A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_m3q2ba52s8m5r1b8jhv3tkb858, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 143

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): Failed to read session data: files (path: /var/lib/php/session)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 143

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

YIDE sasar 1,000 peserta sertai Mahabbah Walk 2018

berita

SHAH ALAM, 6 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mensasarkan seramai 1,000 peserta akan menyertai program larian amal Mahabbah Walk yang berlangsung pada 25 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Korporat YIDE, Muhammad Hafiz Bahari berkata, penganjuran larian amal itu sudah memasuki tahun kedua selepas buat julung kalinya diadakan dengan menghimpunkan seramai 500 peserta.

“Peserta acara larian amal ini terdiri daripada pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis dan juga masyarakat awam serta agensi korporat.

“Objektif utama adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian mesin hemodialisis baharu di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menggantikan mesin lama yang sering mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Hafiz berkata, kini hanya sejumlah 48 mesin sedia ada di enam cawangan Pusat Dialisis MAIS yang menampung 270 pesakit keseluruhanya.

“Manakala, 20 mesin perlu ditukar kerana tempoh usianya sudah melebihi 10 tahun dan kerosakan sering berlaku dengan kos baik pulih yang tinggi sehingga menganggu proses rawatan saban hari,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini penyertaan larian Mahabbah Walk 2018 amat menggalakan dan mereka yang berminat boleh mendaftar dengan yuran dikenakan sejumlah RM50 (orang awam), RM30 (pelajar) serta percuma untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Muhammad Hafiz berkata, menariknya, apabila larian amal kali ini menampilkan kelainan dengan penglibatan OKU dan anak yatim turut sertai bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Mahabbah Walk 2018 itu bakal diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam bersempena hari buah pinggang sedunia yang disambut pada bulan Mac setiap tahun di seluruh dunia dengan mengetengahkan tema ‘Gaya Hidup Sihat, Untuk Buah Pinggang Sihat’.

YIDE turut menekankan aspek patuh syariah iaitu peserta yang menyertai larian amal dikehendaki menutup aurat dan menjaga etika.

Selain itu, YIDE menyeru kepada agensi korporat khususnya untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu pesakit dialisis melalui program larian amal berkenaan.

Sebarang penajaan dan penyertaan boleh terus menghubungi urusetia di talian 014 6384475.


Kemaskini pada 2018-03-08 14:55:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page