Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MITS Pandan perkukuh institusi pendidikan aliran agama Islam

berita

PANDAN INDAH, 8 APR: Kerajaan Negeri terus memperkukuh institusi pendidikan aliran agama Islam dengan penubuhan sebuah lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) Pandan, Daerah Hulu Langat.

Bersebelahan Masjid Al-Azim Pandan Indah, MITS ini dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 7.4 ekar dengan kos pembangunan ditampung sepenuhnya Kerajaan Negeri berjumlah RM29 juta.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan kemasukan pelajar ke dalam bidang aliran agama semakin meningkat dan Kerajaan Negeri sedaya upaya memenuhi keperluan itu dengan matlamat melahirkan modal insan berkualiti.

“Pendidikan aliran agama kini mendapat permintaan yang semakin tinggi.

“Maahad Integrasi turut menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam melahirkan individu berketerampilan bagi menghadapi ujian getir masa kini.

“Saya harap MITS dapat menyuntik dinamik baru kerana bagi kita (Kerajaan Negeri) sektor pendidikan adalah sebuah pelaburan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah MITS Pandan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz dalam taklimatnya berkata, komponen MITS ini terdiri daripada blok akademik dan pentadbiran empat tingkat, blok asrama perempuan tiga tingkat, asrama lelaki tiga tempat dan sebuah dewan makan beserta blok-blok sokongan.

“Objektif utama pembangunan projek ini adalah bagi menyediakan kemudahan prasarana kepada pelajar dan pengajar serta kakitangan supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan selesa.

“Ini selaras dengan matlamat melahirkan golongan da’i, ulama dan umara’ yang mahir dalam bidang sains serta teknologi,” katanya.

Menurutnya, projek ini dijangka siap dalam tempoh 130 minggu dengan tarikh siap semasa pada 21 Mei 2020.

Dalam majlis sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan sumbangan bantuan pembangunan dan baikpulih masjid, surau serta madrasah.

Sumbangan hampir RM300,000 kepada enam buah institusi diberikan menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) manaka Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada 10 buah masjid bagi Daerah Hulu Langat.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:37:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page