Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kejayaan IPR, hasil kolaborasi eksekutif dan penjawat awam

berita

SHAH ALAM, 11 APR: Kepimpinan ditonjolkan Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam menghargai peranan perkhidmatan awam di Selangor wajar dijadikan contoh.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana pimpinan Kerajaan Negeri sebelum ini bekerja dan berganding bahu dengan pegawai dan anggota perkhidmatan awam.

Katanya, pimpinan juga secara tekun mendengar nasihat dan pandangan pegawai kerana maklum balas itu penting dalam membuat keputusan.

“Kita secara tuntas menzahirkan penghargaan kepada pegawai Kerajaan termasuk memberikan insentif kewangan yang adil berdasarkan prestasi dan merit.

“Kita juga memberdaya pegawai Kerajaan kerana keyakinan kita terhadap kemahiran, kewibawaan serta rasa tanggungjawab dan bersedia untuk berkorban bagi negeri dan rakyat.

“Mengapa perlu Putrajaya membazir ratusan juta ringgit untuk mendapat nasihat konsultan asing yang tidak menjiwai aspirasi rakyat Malaysia. Kenapa tidak memanggil pengawai kerajaan? Sedangkan kita mempunyai pegawai yang berwibawa dan kompentasi membangunkan negara,” soalnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2018, di Dewan Jubli Perak, SUK, di sini.

Mohamed Azmin turut yakin dan percaya, kejayaan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat adalah hasil kesatuan antara eksekutif dan penjawat awam.

Katanya, pihaknya juga tidak menabur janji menjelang pilihan raya, malah tidak menghimpunkan pegawai Kerajaan untuk menabur pelbagai bentuk janji dan insentif menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

“Kita mempunyai wahdatul fikr dan wahdatul amal, kesatuan fikiran dan amal untuk membingkai satu muafakat yang cukup utuh bagi melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.

“Saya yakin bahawa pegawai dan anggota perkhidmatan awam akan terus melakar kecemerlangan dalam perkhidmatan untuk terus membangunkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang unggul dan gemilang. Kegemilangan Selangor adalah masa depan Malaysia,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-12 10:30:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page