Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Berbelanja secara Cashless di Bazar Ramadan MPSJ

berita

PUCHONG, 19 APR: Seiring pembangunan teknologi, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan sistem pembayaran secara ‘cashless’ melalui Maybank QRPay dalam urus niaga di bazar Ramadan.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, peniaga dan pembeli boleh membuat urus niaga pembayaran jual beli dengan menggunakan aplikasi perbankan mudah alih bacaan kod Respons Pantas (QR).

“Orang ramai memuat naik aplikasi ini boleh membeli barang di bazar tanpa perlu mengeluarkan wang tunai tetapi dengan hanya ‘scan’ bacaan kod.

“Hal ini juga memudahkan peniaga tidak perlu bimbang tiada pulangan wang kecil kepada pelanggan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar bazar Radaman di Dewan Serbaguna MPSJ Taman Puchong Indah, pagi tadi.

Noraini berkata, pengenalan kaedah itu turut mengambil kira isu keselamatan apabila pengguna tidak lagi perlu membawa duit yang banyak.

SelangorKini difahamkan, Maybank QRPay bertindak seperti pointer yang mengarahkan perpindahan terus daripada akaun bank pengguna ke akaun penerima Maybank sahaja.

Melaluinya, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon dengan hanya mengimbas kod khas disediakan penjual.

Seterusnya, amaun akan terus ditolak daripada akaun simpanan pelanggan untuk dipindahkan kepada akaun penjual.

Pada masa sama, pelanggan juga boleh menyemak baki akaun, termasuk semua pembelian menggunakan kad debit dan melakukan transaksi ringkas pada bila-bila masa, di mana saja, selain mengurangkan keperluan untuk pergi ke cawangan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-25 09:47:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page