Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

APM Kuala Langat cari sukarelawan

berita

SHAH ALAM, 6 JULAI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Langat kini membuka peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi anggota sukarelawan mereka.

Anggotanya, Mohd Afizi Zoolkefeli berkata, pihaknya memerlukan lebih ramai sukarela memandangkan aduan semakin bertambah.

“Sehingga kini, kami mempunyai 100 anggota di Kuala Langat dan sasaran untuk mencari anggota sukarelawa bagi APM ialah kira-kira 1,000 orang.

“Antara keistimewaan yang boleh diperolehi anggota sukarela APM, termasuk pengalaman bagi kerja penyelamatan dan pembayaran elaun RM6 setiap satu jam juga uniform secara percuma,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Afifi berkata, antara syarat kelayakan bagi membuat permohonan ialah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas serta sihat tubuh badan.

“Paling penting mereka yang membuat permohonan perlu berminat menjalankan tugas secara sukarela. Kursus asas selama dua hari juga akan dibuat bagi pemohon yang berjaya, sekaligus melayakkan mereka menerima sijil dari APM.

“Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi APM Kuala Langat di talian 0331802320,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-10 17:01:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page