Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Majlis Perundingan Anti Dadah Kebangsaan Selangor bakal diwujud

berita

SHAH ALAM, 14 JUL: Kerajaan Selangor bercadang mewujudkan Majlis Perundingan Anti Dadah Kebangsaan peringkat Selangor bermula Oktober depan, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, majlis itu akan diumumkan secara rasmi selepas beliau membuat pembentangan Belanjawan Negeri tidak lama lagi.

“Penubuhan majlis ini dibuat memandangkan Selangor komited membanteras dadah habis-habisan, dadah ini membelenggu pelbagai pihak, tidak guna kita hanya memikirkan pembangunan ekonomi, perumahan tersusun ataupun masyarakat berkebajikan tetapi memejamkan mata apabila dadah muncul.

“Sekiranya kita bekerjasama dalam satu pasukan termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis PDRM, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang komited membanteras najis dadah, Kerajaan Negeri yakin masalah ini dapat diselesaikan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Jalinan Budi Rakan Strategik bersama AADK Selangor & PEMADAM Selangor di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar semalam, hadir sama Pengarah AADK Selangor, Md Razif Wan.

Sementara itu Amirudin dalam ucapannya berkata, pihaknya juga merangka program yang lebih terkini bagi membanteras penyalahgunaan dadah.

“Jika dilihat mereka yang menggunakan dadah juga licik sehingga kita sukar mengenalpasti dadah sintetik terutamanya, ada yang meletakkannya dalam air mineral, malah ada yang menjadikannya dalam bentuk paket.

“Sudah tentu ini bukan perkara mudah, tetapi kita perlu mengambil langkah dengan kadar segera serta lebih proaktif,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-17 14:48:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page