Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam (Selangor) 2014

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

 

1. TUJUAN

 

1.1 Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memaklum dan memberikan maklumat kepada Jabatan / Agensi di negeri Selangor mengenai pelaksanaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 27 Tahun 2014. Garis panduan ini juga boleh digunakan oleh Jabatan / Agensi  dalam menganjurkan Konvensyen KIK di peringkat Jabatan / Agensi masing-masing.

 

2. PENDAHULUAN

 

2.1 Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ) telah diperkenalkan dalam perkhidmatan awam pada tahun 1984 di atas kesedaran tentang peranan serta sumbangannya di dalam peningkatan kualiti khususnya di dalam penyelesaian masalah serta pembinaan semangat berpasukan. Projek-projek KIK yang dilaksanakan didapati telah berjaya menjimatkan kos, masa, tenaga, meningkatkan output dan tahap kepuasan hati pelanggan.

2.2 Persekitaran kerja yang mencabar dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan kehendak pelanggan yang mementingkan kesempurnaan dalam mendapatkan perkhidmatan telah memberikan cabaran besar kepada Jabatan / Agensi untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memenuhi standard dan ekpektasi serta penambahbaikan dalam perkhidmatan awam.

2.3 Sebagai salah satu langkah bagi mendorong warga kerja di negeri Selangor memperkenalkan cara kerja baru yang lebih cekap dan berkesan serta menghasilkan output dan outcome yang berimpak tinggi, Kerajaan Negeri akan menganjurkan  Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ). Konvensyen  ini  akan  memberi ruang dan peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK di peringkat Jabatan / Agensi untuk mempersembahkan hasil cetusan idea kreatif dan inovatif masing-masing sebagai langkah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya di negeri Selangor ke tahap yang lebih membanggakan dan disegani.     

     

3. OBJEKTIF KIK 

 

Objektif utama KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:

 

        a) Keupayaan mencipta cara bekerja yang baru atau menghasilkan inovasi;

        b) Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja;

        c) Semangat bekerja secara berpasukan;

        d) Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif;

        e) Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja;

         f) Dorongan kerja yang tinggi;

        g) Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara;

        h) Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif; dan

         i) Kewujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja;

 

4. PELAKSANAAN KIK 

    4.1 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

    4.2 KELAYAKAN MENYERTAI KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN

    4.3 KONSEP DAN CIRI-CIRI PROJEK

    4.4 PENILAIAN

 

5. GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN

6. TATACARA PENYERTAAN

 

Jabatan/Agensi yang menyertai Konvensyen KIK Peringkat Negeri perlu menyempurnakan perkara-perkara berikut:

a. Melengkapkan borang penyertaan Konvensyen KIK Peringkat Negeri  seperti di Lampiran A. - BORANG PENYERTAAN

b. Menyerahkan Dokumen Laporan Projek KIK ( 4 Naskhah berwarna ). Laporan perlu menggunakan font Arial, bersaiz 12 dan 1.5 spacing. 

c. Memberikan salinan persembahan projek KIK dalam bentuk CD  dengan menggunakan format Microsoft Powerpoint.

d. Mengemukakan surat kelulusan/ kebenaran bertulis bagi mewakili negeri di Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan. ( bagi Jabatan / Agensi Persekutuan yang mempunyai dua kerakyatan sahaja )

e. Perkara-perkara di para 6.1(a), 6.1(b) dan 6.1(c) perlu dikemukakan kepada Urusetia Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan seperti di bawah sebelum atau pada 1 Julai 2014.

 

Urusetia Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 

Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan, 

Bahagian Korporat, 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 

Tingkat Bawah,Bangunan SSAAS,

40503 SHAH ALAM.

u.p.   : Encik Azli Bin Jamal

         Cik Siti Zuraida Binti Osman

Tel    : 03-5544 7775 / 7968 / 7450

Faks : 03-5513 5569



Pemenang KIK Tahun 2013



 image  Lihat Senarai Pemenang KIK 2013      image  Lihat Senarai Pemenang KIK 2012


 

Tahniah kepada Pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor - Juara (Kategori Teknikal) Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam ke 26 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013.


juara KIK 2013 

"Low Cost, High Impact"

 

Ringkasan Huraian Projek

 

Kontraktor menyelenggara penyaman udara setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Kerugian kepada kerajaan negeri berlaku apabila penyaman udara yang kurang digunakan masih diselenggara kerana tiada mekanisma pemantauan penggunaan sebenar penyaman udara.

  

Ringkasan Punca-punca masalah

 

  • Pengguna tidak tahu kekerapan penggunaan.
  • Tiada manual kepada pengguna.
  • Unit bersih dan kotor tidak dibezakan.
  • Juruteknik tidak tahu kekerapan penggunaan.
  • Pengguna tidak tahu jadual penyelenggaraan.

 

Ringkasan Cadangan Penyelesaian / Penambahbaikan

 
ACRE

Projek inovasi yang diberi nama AcRe (Air Conditioning Reminder), berfungsi sebagai alat untuk memantau tempoh penggunaan sebenar penyaman udara jenis pisah. Hanya penyaman udara yang telah mencukupi tempoh penggunaan sahaja akan diselenggara. Ia juga bagi memastikan lawatan kerja penyelenggaraan tidak berulang di lokasi yang sama.




Urusetia KIK : Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor


Kemaskini pada 2015-02-27 10:49:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page