Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tawaran Rumah SelangorKu mula dibuka

image

 

SHAH ALAM, 9 NOV: Tawaran Rumah SelangorKu (RSKU) kini mula dibuka kepada orang ramai menerusi Pameran Hartanah Negeri Selangor 2018 di Setia City Mall, pada 8 hingga 11 November ini.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, terdapat beberapa lokasi RSKU ditawarkan termasuk Dengkil, Morib, Kapar, Ijok, Damansara, Cheras dan Rawang.

“Program penawaran terbuka ini dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), jangan lupa ikuti senarai semak permohonan RSKU untuk memudahkan proses permohonan,” katanya menerusi akaun facebook rasminya.

Sementara itu, LPHS melalui kenyataan berkata, kelayakan diambil kira berdasarkan syarat pemohon atau individu sahaja, sebaliknya bukan berdasarkan pasangan suami isteri.

Antara dokumen yang perlu dikemukakan termasuk penyata CCRIS dari Bank Negara Malaysia, salinan penyata gaji terkini, dan penyata KWSP.

Pemohon mestilah berdaftar di dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (RSKU) dan membuat semakan terlebih dahulu dari segi kelayakan jumlah had pinjaman pemohon daripada institusi kewangan.


Kemaskini pada 2018-11-09 15:26:20 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page