A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Laksana program tambahan sempena cuti sekolah

image

 

SHAH ALAM, 16 NOV: Peruntukan khas RM5,000 bakal disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ebor Batu 3, di sini, bagi pelaksanaan program tambahan menjelang musim cuti sekolah tidak lama lagi.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, sumbangan itu sekali gus membolehkan pihak sekolah membuat perancangan lebih awal mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti bermanfaat.

“Perkara yang paling merisaukan saya setiap kali musim sekolah tiba apabila ibu bapa pelajar pergi bekerja dan kemungkinan tiada sesiapa yang boleh menguruskan serta memantau anak mereka.

“Dalam tempoh hampir sebulan setengah cuti sekolah ini, saya mengharapkan pihak sekolah dapat mengadakan program tambahan yang dirasakan sesuai untuk pelajar misalnya latihan komputer, kelas bahasa atau pembelajaran kebudayaan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang sekolah terbabit, di Dewan Serbaguna Batu 3, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Majlis Zon 5 Subang Jaya, Kesminder Singh; Guru Besar SJK(T) Ladang Ebor, R Sumathy; Pengerusi Lembaga Pengelola SJK (T) Ladang Ebor, M Periasamy dan Yang Dipertua PIBG SJK (T) Ladang Ebor, R Partiba.

Majlis yang diraikan dengan penuh warna-warni itu menyaksikan seramai 112 pelajar dianugerahkan hadiah berupa sijil dan trofi hasil prestasi cemerlang dipamerkan sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga turut menyuarakan rasa bangga terhadap perkembangan semasa dicapai sekolah berkenaan, terutama daripada aspek pencapaian akademik pelajarnya.

Malah katanya, sekolah itu yang terbukti sudah berjaya, di Selangor walaupun mempunyai bilangan pelajar tidak begitu ramai.

“Diharapkan kejayaan ini bukan untuk digapai atau dirasai segelintir pihak sahaja, sebaliknya semua orang perlu bersama mengusahakan supaya meletakkan tanda aras bagi melakar lebih banyak kejayaan.

“Paling penting, keutamaan perlu diberi kepada anak kerana kita mahu melihat mereka membesar menjadi insan berguna dan dapat berbakti kepada negara, pada masa hadapan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-11-16 10:57:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page