A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

Selangor lahir tahfiz dengan kemahiran akademik dan TVET

 

SHAH ALAM, 23 JAN: Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memajukan tilawah dan hafazan Al-Quran di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagaimanapun Kerajaan Negeri percaya pelajar tahfiz dan Al-Quran mempunyai pilihan dan peluang lebih baik di dalam kehidupan ini jika mereka turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri pada perbentangan belanjawan 2019 telah meluluskan dan memperuntukan sebanyak RM1.94 Juta kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaksanakan program ‘Fast Track Peperiksaan SPM’ kepada Sekolah-Sekolah Tahfiz Persendirian Sepenuh Masa Kerajaan Negeri Selangor.

“Program ini dirangka untuk membantu dan memudahkan urusan pelajar tahfiz dari sekolah persendirian untuk menduduki peperiksaan SPM dalam tempoh yang singkat iaitu selama setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1440H/2018M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam tadi.

Amirudin berkata, selain itu Kerajaan Negeri melalui JAIS juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menyediakan program kecekapan Pendidikan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) di mana pelajar tahfiz yang tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden akan disediakan dengan kemahiran tertentu.

Katanya, Kerajaan Negeri percaya kedua-dua program itu akan membuka peluang yang lebih cerah kepada pelajar terbabit melanjutkan pengajian ke pringkat lebih tinggi dan meningkat ke tahap kebolehpasaran dalam pelbagai sektor pekerjaan mengikut kemahiran masing-masing.


Kemaskini pada 2019-01-23 10:30:20 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page