A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pembukaan DNS berlangsung penuh istiadat

image

 

SHAH ALAM, 18 MAC: Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) Kali ke-14 Tahun 2019 berlangsung penuh istiadat, pagi tadi.

Istiadat diadakan di Bangunan DNS itu dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Istiadat bermula dengan Kawalan Kehormat Utama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyembahkan Hormat Sedia sebaik sahaja keberangkatan tiba baginda ke Dataran SUK sebelum disusuli Lagu Negeri Selangor.

Selepas itu baginda melakukan pemeriksaan perbarisan dengan diiringi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Speaker DNS, Ng Suee Lim.

Sebaik selesai pemeriksaan perbarisan, Lagu Negeri Selangor sekali lagi berkumandang menandakan berakhirnya upacara perbarisan yang diadakan di Dataran Dewan Negeri itu.

Baginda kemudiannya berangkat masuk ke Bangunan DNS dengan melalui barisan jejawat-jejawat istana yang terdiri daripada empat jejawat berpedang, 24 jejawat pembawa 8 tombak, 16 lembing dan payung diraja.


Kemaskini pada 2019-03-18 11:07:14 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page