Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS sambut baik usaha polis bendung jenayah

berita

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) bagi membendung kes jenayah, di kawasan rumah ibadat.

 
Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berterima kasih kepada PDRM kerana menitikberatkan isu keselamatan, sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan ibadah.
 
“Program 1M1P akan menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran pengurusan masjid yang lestari, aman dan kondusif untuk masyarakat.
 
“Saya yakin program ini akan membantu JAIS, Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan konsep Smart Masjid yang dilancarkan pada 7 April tahun lalu,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Program 1M1P di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
 
Pada masa sama, Haris berkata, pihaknya akan bekerjsama dengan polis bagi bersama membendung kegiatan jenayah, terutama di masjid.
 
Terdahulu, PDRM melantik seorang anggota polis selaku Pegawai Perhubungan Masjid di setiap 424 masjid seluruh Selangor bagi membendung kes jenayah yang sering terjadi, di kawasan ibadat.
 
Ia adalah inisiatif PDRM untuk mempertingkat mutu perkhidmatan khasnya dalam usaha pencegahan jenayah dengan anggota dilantik perlu melakukan lawatan berkala ketika solat lima waktu dan sembahyang Jumaat mengikut jadual ditetapkan bagi mendapatkan reaksi kariah berhubung tahap keselamatan masjid.
 
Inisiatif itu dijalankan susulan beberapa kes jenayah yang sering berlaku, di kawasan masjid seperti kecurian tabung masjid, kehilangan motosikal dan kecurian beg.
 
Sumber : Selangorkini

Kemaskini pada 2019-03-29 11:35:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page