Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Aplikasi Chatbot MPK diiktiraf MBOR

berita

KLANG, 20 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menempa sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan ‘The Malaysian Book of Records’ (MBOR), selepas menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memanfaatkan sistem informasi ‘Chatbot’ melalui aplikasi SMART MPKlang.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat MBOR, Aaron Bong kepada Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, sambil disaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Mohamad Yasid berkata, sistem dikenali sebagai Saluran Maklumat Rakyat MPK itu adalah mekanisme diguna pakai pihaknya bagi membolehkan penyaluran informasi, selain menjalin hubungan lebih mesra bersama rakyat secara dalam talian.

“Kita adalah salah satu PBT yang melancarkan ‘Chatbot’ dan boleh berinteraksi dengan masyarakat setempat secara terus, bahkan sistem SMART MPKlang adalah ibu kepada semua sistem yang ada di sini.

“Apabila siap nanti, bermakna semua program atau perkara yang mempunya teknologi maklumat boleh dilihat melalui ‘Chatbot’ berkenaan. Misalnya, pengguna boleh membayar kompaun dan menyemak kompaun atau cukai tertunggak.

“Malah, kepada orang luar yang berminat untuk tahu berkenaan pelancongan mahupun tempat menarik di Klang, mereka boleh semak melalui SMART MPKlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Penghargaan Kepada Pesara MPK, di Dewan Hamzah, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Pada masa sama, Mohd Yasid berkata, pihaknya juga akan menggabungkan Smart Parking bersama SMART MPKlang dengan proses pembangunan setakat ini sudah siap 30 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 16,000 pengikut dan selepas menggabungkan semua termasuk pencukai, saya yakin kita akan memperoleh lebih sejuta rakan yang akan turut serta dalam ‘Chatbot’ itu.

“Kita berhubung terus kepada pelanggan yang ada di Klang. Jika terdapat sebarang maklumat, kita terus boleh sampaikan melalui ‘Chatbot’ dan apabila kita hantar kepada penerima, mereka akan dapat maklumat berkenaan,” katanya.


Kemaskini pada 2019-04-22 09:51:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page