Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Terminal Bas Seksyen 17 mula beroperasi

berita
SHAH ALAM, 1 MEI: Pengguna bas ekspres akhirnya menarik nafas lega apabila Terminal Bas Seksyen 17 akhirnya dibuka kepada orang ramai, bermula hari ini.
 
Tinjauan SelangorKini ke terminal itu pagi tadi mendapati jumlah pengunjung agak ramai berikutan cuti umum sempena Hari Pekerja.
 
Pengunjung, Ma Rashida Mohd Rasid, 26 berkata, beliau seronok kerana terminal yang sebelum ini pernah tertangguh beberapa kali untuk dibuka sudahpun mula menjalankan operasi sepenuhnya.
 
Katanya, hampir setiap bulan dia menggunakan khidmat pengangkutan bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman, di Perak.
 
“Keadaan diantara terminal sementara yang terletak di Seksyen 13 dan Seksyen 17 ini sangat jauh berbeza, di sini sangat selesa dan terasa lebih selamat sekiranya ingin menunggu.
 
“Tandas juga cantik dan bersih, saya berharap supaya kebersihan di terminal ini dapat dikekalkan sampai bila-bila supaya lebih ramai yang seronok menggunakan pengangkutan awam,” katanya ketika ditemui SelangorKini.
 
Sementara itu Juzaimi Che Man, 45 yang menghantar anaknya menaiki bas ke Sri Iskandar, Perak pula berharap supaya lebih banyak tempat kereta awam disediakan.
 
“Ini kerana saya bimbang timbulnya rungutan orang ramai sekiranya jalan sesak.
 
“Pada masa sama, saya juga berharap supaya pihak bertanggungjawab mengurangkan tindakan untuk menunda kereta di sini kerana tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi,” katanya.
 
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam memindahkan sementara operasi Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam ke Terminal Bas Sementara di Jalan Lontar Peluru 13/39, Seksyen 13, bagi kerja naiktaraf.
 
Pemilihan lokasi terminal bas sementara itu disebabkan oleh kedudukan yang strategik berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), Lebuh raya New Klang Valley Expressway (NKVE) dan Lebuh raya Guthrie.
 
Pemindahan sementara terminal bas itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf Terminal Bas Seksyen 17 yang ingin dijadikan terminal bas yang moden serta mempunyai kemudahan awam yang lebih baik demi keselesaan dan kemudahan orang ramai.
 
Terminal baru itu bakal mempunyai kemudahan 24 kaunter tiket bas termasuk kemudahan awam lain seperti tandas lelaki dan wanita, surau lelaki dan wanita, gerai dan ruang makan, kios, ruang menunggu bas dan teksi.
 
Sumber : Selangorkini

Kemaskini pada 2019-05-02 11:27:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page