Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Komited atasi kebakaran tanah gambut

berita

SHAH ALAM, 30 JULAI: Dua buah telaga tiub (tube well) dibina di Kampung Johan Setia bertujuan melembapkan kawasan tanah gambut supaya tidak mudah terbakar.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, telaga tiub itu juga dijadikan sebagai sumber air bagi kerja pemadaman jika berlaku kes kebakaran.

“Kebakaran memberi kesan kepada kesihatan awam melalui tindakan pencegahan dan penguatkuasaan kepada individu atau pihak yang terbabit, namun usaha itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

“Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Perhutanan menyediakan kemudahan infrastruktur bagi pemadaman kebakaran di hutan tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Bersama Petani dan Komuniti Sempena Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, di sini.

Loy Sian berkata, selain tube well, kaedah pengurusan air yang mampan seperti sekatan saliran (check dam), kolam takungan dan saluran paip air di empat kawasan tanah gambut yang sering terbakar turut disediakan.

Antara kawasan berkenaan ialah kawasan pertanian Johan Setia, Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Hutan Simpan Bestari Jaya.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat permasalahan dihadapi masyarakat di sekitar kawasan Johan Setia bagi mengurangkan kes pembakaran yang berlaku.

“Selain itu, aktiviti pemantauan di Johan Setia ini juga dilaksanakan melalui udara, dan rondaan darat oleh pasukan rondaan JAS Selangor dan skuad pantas Majlis Perbandaran Klang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Unit Pengurusan Bencana Selangor turut menjadi penyelaras supaya tindakan daripada pelbagai agensi dapat disatukan jika berlaku kes kebakaran besar membabitkan kawasan tanah gambut.


Kemaskini pada 2019-07-31 11:17:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page