Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Melalui Peruntukan Geran Selangorku : ‘Dewan Jalan H’ Kampung Pandan Berwajah Baru

Dewan Komuniti  Kampung Pandan2

 

KUALA LUMPUR 8 JAN : Dewan Komuniti Kampung Pandan yang sudah berusia lebih 30 tahun akan berwajah baru apabila pembinaan semula dirancang oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan geran Selangorku.

 

Pembinaan itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM500,000 dijalankan menerusi hasil usaha Pusat Khidmat DUN Chempaka bagi menjadikan dewan orang ramai yang popular dengan gelaran ‘Dewan Jalan H’ kembali mendapat tumpuan masyarakat umum khususnya penduduk tempatan dan sekitarnya.

 

“Dewan ini dicadangkan untuk dibina kembali kerana jika diubahsuai sekalipun ia akan melibatkan kos hampir sama. Dewan sedia ada akan mengalami perubahan dengan pembinaan lebih besar iaitu dari 2,500 kali persegi kepada 5,500 kaki persegi.

 

Dewan Komuniti  Kampung Pandan3

 

“Apabila siap kelak dewan baru ini tentunya akan digunakan secara aktif untuk pelbagai aktiviti oleh orang ramai terutama golongan muda kerana ia akan dilengkapi dengan aneka kemudahan masakini,” kata Hafiz Razak, Pegawai Khas Adun Chempaka, Iskandar Samad.

 

Pembinaannya dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan kini hanya menanti surat kebenaran membina dan pengeluaran tender daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

 

“Dewan ini juga akan menyediakan lebih kemudahan seperti dua gelanggang badminton, bilik mesyuarat, pusat riadah dan yang lain serta sesuai digunakan untuk pelbagai majlis keraian,” katanya.

Hafiz berkata, dewan baru itu dicadangkan diberi nama sempena lagenda bolasepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebagai mengenang jasa baktinya dalam bidang sukan tambahan beliau berasal dari Kampung Pandan.

 

“Kita juga merancang pembangunan baru di sekitar kawasan dewan ini termasuk padang bolasepak di sebelahnya supaya ia menjadi sebuah kompleks sukan yang moden,” katanya.

 

Bagi golongan muda seperti Bukhari Hamzah, 23, nyata gembira dengan perancangan itu kerana kalangan belia tidak perlu lagi keluar kawasan untuk sebarang kegiatan sukan dan sebagainya.

 

“Selama ini kebanyakan akan keluar ke kawasan lain macam Desa Pandan dan Pandan Jaya. Saya yakin penduduk di kawasan ini akan mengalu-alukannya kerana ia bakal memberi banyak kebaikan kepada semua pihak.

 

“Kedudukan di sebelah masjid juga amat sesuai untuk diadakan majlis berkaitan agama,” akhiri Setiausaha Kerja Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan itu.

 

Dewan Komuniti  Kampung Pandan1


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page