Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor Latih Wanita Selamat Diri Daripada Mangsa Jenayah

Kempen Wanita Menentang Jenayah01

 

SHAH ALAM, 13 JAN: Program Kempen Wanita Menentang Jenayah yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor hari ini disambut baik oleh golongan wanita di negeri ini.

 

Rata-rata yang ditemui melihat kempen yang dilancarkan di Tapak Bazarena Stadium Shah Alam itu mampu memberi kesedaran dan pengetahuan berguna untuk wanita apabila berdepan dengan penjenayah.

 

Kempen tersebut yang dihadiri kira-kira 100 hadirin itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Ina Fiona

 

Menurut peserta kempen tersebut, Ina Fiona, 41, dari Ampang, golongan wanita haruslah mengambil serius terhadap panduan dan tip keselamatan yang ditekankan dalam kempen tersebut.

 

“Panduan yang diberikan seperti membawa wisel dan penyembur lada ke mana-mana mungkin sebelum ini kita tidak terfikir, tetapi bila mendapat penerangan tadi memang ia sesuatu yang sangat berguna ketika berdepan saat cemas.

 

“Langkah membela diri yang ditunjukkan dalam demontrasi tadi juga nampak sukar, tetapi boleh dipraktikan, kena kerap membuat latihan di rumah,” ujar beliau.

Roslida Udin

 

Roslina Udin,34, dari Shah Alam pula berkata kempen seperti ini amat wajar diteruskan kerana wanita merupakan golongan yang sering menjadi sasaran mudah penjenayah.

 

Dalam sidang media di program sama, Wan Azizah memberitahu, jenayah terhadap wanita meningkat seperti kes ragut, bunuh, rogol dan sebagainya dan apa yang Kerajaan Persekutuan buat hanya memberi persepsi indeks jenayah menurun.

 

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail pula berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri mengambil langkah memperkasakan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) bagi membantu wanita yang menjadi mangsa rogol atau seumpamanya.

Sehingga kini terdapat enam buah hospital yang menyediakan perkhidmatan OSCC di seluruh Selangor.

 

“Pelancaran Kempen Wanita Menentang Jenayah hari ini hanyalah permulaan dan akan diteruskan ke seluruh Selangor bagi memastikan kaum wanita khususnya di Selangor dapat berkongsi pengetahuan.

Sebelum itu dalam pelancaran kempen yang turut disertai Timbalan Speaker Selangor, Haniza Talha dan Adun Rawang, Gan Pei Nei itu, kira-kira lebih 500 wisel, penyembur lada dan kad tip keselamatan diedarkan kepada orang ramai yang berada di Pasar Pagi Shah Alam.

 

Selain itu turut dipaparkan dalam program sama, demontrasi beberapa langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi menyelamatkan diri ketika diserang penjenayah.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page