Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SIBS 2019 catat nilai transaksi tertinggi RM447.3 juta

berita
SHAH ALAM, 23 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2019 berjaya merekodkan transaksi berjumlah RM447.3 juta sepanjang empat hari berlangsung bermula 10 Oktober sehingga 13 Oktober di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Kim berkata, jumlah itu meningkat daripada nilai direkodkan pada tahun 2018 berjumlah RM194.6 juta.

“Daripada jumlah RM447.3 juta, sejumlah RM247.3 juta direkodkan menerusi Expo Antarabangsa Selangor (SIE), Persidangan Selangor Smart City dan Ekonomi Digital (SCDE) serta Pameran R&D dan Inovasi Selangor.

“Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-9 (MCEC) pula berjaya merekodkan nilai transaksi berjumlah RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Katanya, sidang kemuncak yang dianjurkan buat kali ketiga ini juga berjaya merekodkan jumlah kehadiran tertinggi sebanyak 34,638 orang berbanding 23,737 orang pada 2018 serta penyertaan 702 pempamer dari 22 buah negara.

Chang Kim berkata, pihaknya berhasrat meletakkan sasaran nilai transaksi lebih tinggi sekitar RM250 juta kerana Persidangan Usahawan Malaysia-China bakal dilangsung di China di samping meningkatkan jumlah kehadiran peserta tahun hadapan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2019-10-24 16:35:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page