Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor cari teknologi baharu kurangkan risiko banjir

berita

KLANG, 19 NOV: Selangor sedang mengkaji teknologi baharu untuk pembangunan kolam takungan di bawah padang permainan atau tempat parkir awam bagi membantu mengurangkan risiko banjir di negeri ini, kata EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim.

Ir Izham berkata, pihaknya mahu satu kaedah yang moden digunakan dalam pembangunan kolam takungan itu agar pembinaan itu memberikan hasil yang sempurna.

“Sesuatu pembangunan tidak akan boleh lari daripada kompenan utama iaitu saliran dan kolam takungan banjir.

“Pembangunan yang pesat pula, pastinya mempunyai kesan sampingan iaitu banjir. Bencana ini memberikan kesan yang tinggi kepada kemusnahan harta benda awam.

“Memandangkan ruang tanah yang terhad, justeru, kita mahu melihat teknologi baharu yang membolehkan kolam takungan dapat dibina di bawah padang atau tempat parkir,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir di Negeri Selangor, di Kolam Takungan Bandar Puteri, di sini.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Pembangunan) II JPS, Ir Saari Abdullah dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunarajah.

Bagaimanapun, Ir Izham berkata, jika kaedah itu (teknologi baharu) tidak dapat dilaksanakan, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan pelaksanaan pembinaan ‘vertical detention pond’.

“Pembinaan kolam seperti ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di tanah yang terlalu sukar, terhad dan kawasan yang padat dengan pembangunan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mahu penyerahan kolam takungan oleh pemaju dilakukan sebelum Perakuan Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan.

Katanya, hal itu bagi mengelakkan masalah kolam takungan tidak diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

“Jika tidak diserahkan kepada JPS mengikut tempoh yang ditetapkan, ini akan menjadi masalah kepada pihak berwajib membuat penyelenggaraan, akhirnya isu banjir tidak akan selesai,” katanya.


Kemaskini pada 2019-11-21 15:42:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page