Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hab Perniagaan Selangor pacu pertumbuhan usahawan kecil

KUALA LUMPUR, 11 SEPT : Hab Perniagaan Selangor (SBH) bakal menjadi perintis untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh dunia dalam menjalinkan hubungan dengan komuniti perniagaan dan memacu pertumbuhan perniagaan mereka ketika tempoh pandemik Covid-19 ini.

Walaupun menghadapi sekatan dan sumber terhad semasa krisis tersebut, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata hab perniagaan itu memudahkan syarikat perniagaan di Selangor untuk berhubung dengan pihak berkepentingan selain daripada rakan niaga.

“Ini seiring dengan visi untuk menjadi negara pintar di Asean menjelang 2025 namun ia tidak akan menggantikan aktiviti fizikal pada masa depan kerana kita masih perlu menghadiri persidangan di luar negara dan bertemu orang ramai.

“Usaha ini membantu menambah aliran perniagaan ketika ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran SBH di sini hari ini.

Chang Khim berkata inisiatif itu dimulakan lima tahun lepas menerusi Ekspo Antarabangsa Selangor dan seterusnya diperluaskan ke Persidangan Perniagaan Asean Selangor, Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor serta Ekspo Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor.

“Kami menggabungkan keempat-empatnya dan menjenamakan semula sebagai Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (Selangor International Business Summit). Justeru, tiada penganjuran diadakan tahun ini kerana penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu dilakukan secara maya bersama-sama dengan penubuhan SBH, satu lagi inisiatif pendigitalan oleh Invest Malaysia.

“Semua maklumat tersedia dalam talian untuk mereka dan kami berharap dapat memperluaskan aktiviti kami di sana. Oleh itu, kami berharap dapat maklum balas daripada PKS untuk menambah baik hab itu,” katanya.

Chang Khim juga berharap lebih banyak PKS memanfaatkan peluang itu melalui SBH untuk meneruskan perniagaan mereka ketika ini, mencari rakan kongsi baharu atau mewujudkan perniagaan baharu pada waktu yang mencabar ini.

SBH terdiri daripada tiga komponen utama yang merangkumi Program Promosi Pelaburan Invest Selangor, sebuah portal yang menganjurkan semua persidangan secara maya, webinar yang dianjurkan oleh Invest Selangor dan pertemuan maya dengan rakan kongsi atau pelabur yang berpotensi di seluruh rantau ini.

-Selangorkini


Kemaskini pada 2020-09-23 14:49:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page