Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jelajah Selangor Bekerja 2020 dapat sambutan, pusing lima lokasi

berita

KUALA SELANGOR, 15 NOV: Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 anjuran Kerajaan Negeri menerima 9,969 permohonan sejak pendaftaran dibuka pada 15 September.

EXCO pembangunan generasi muda memaklumkan program ditawarkan meliputi sektor perkhidmatan, perkilangan, makanan dan minuman, kesihatan serta teknologi maklumat.

Mohd Khairuddin Othman berkata ia berlangsung di Kuala Selangor hari ini, Gombak (21 November), Paya Jaras (22 November), Hulu Langat (29 November) dan Shah Alam (5 dan 6 Disember).


Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media pada program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
“Sebanyak 13 majikan menyertai program hari ini, manakala 20 majikan bakal mengambil bahagian dalam program seterusnya,” katanya selepas meninjau sesi temu duga di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.

Beliau berkata jelajah tersebut yang sepatutnya berlangsung di seluruh negeri terpaksa dihadkan susulan peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata pemohon yang berminat perlu mendaftar melalui laman sesawang http://nfdot.com/ereg/views/jobfair atau hubungi talian 03-55247740 atau 03-55231309.

“Pemohon juga boleh merujuk Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor atau Instagram Jobs Malaysia. Mereka yang mendaftar akan menerima kod QR untuk memasuki karnival tersebut,” katanya lagi.

Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 menawarkan pelbagai peluang pekerjaan antaranya pensyarah, tutor al-Quran, pengurus jualan, pegawai penyelidik dan juruteknik.


Kemaskini pada 2020-11-30 12:29:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page