Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tabung Biasiswa PKNS RM1 Juta Untuk Kakitangan Dan Ahli KeluargaTabung Biasiswa PKNS RM1 Juta Untuk

SHAH ALAM, 18 MEI : Kakitangan dan keluarga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mahu melanjutkan pelajaran kini boleh memohon daripada Tabung Biasiswa PKNS.

PKNS pelajar cemerlang 01

Dengan peruntukan RM1 juta, tabung berkenaan bagi membantu anak anggota PKNS mengikuti ijazah sarjana muda sepenuh masa sementara bagi anggota pula, mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah lanjutan dan kursus profesional sepenuh masa atau secara sambilan.

Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, peluang ini perlu dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam menimba ilmu tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran sedia ada.

"Melalui Tabung Pendidikan Anak-anak syarikat dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor atau TPASBB pula, PKNS sendiri memperuntukkan sebanyak RM2 juta yang juga boleh dimohon oleh anggota mahupun anak mereka untuk melanjutkan pelajaran.

"Semoga ia dapat dijadikan pendorong untuk mereka mencapai kejayaan berterusan dalam pelajaran seterusnya mencapai cita-cita yang diidamkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang 2012 Anak Anggota PKNS di Dewan Kemajuan, Kompleks PKNS.

Sebelum itu, PKNS menerusi Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja (PKP) dan Badan Islam memperuntukkan sejumlah RM45,000 untuk hadiah saguhati kepada 123 orang anak-anak ahli termasuk dua ahli persatuan.

Kesemua mereka diraikan kerana memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Agama (PSRA), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengajian di peringkat Diploma serta Ijazah Sarjana Muda.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Noraida Mohd Yusof serta wakil PKP dan Badan Islam.

Pelajar cemerlang menerima wang saguhati antara RM50 hingga RM750 seorang.

Hadiah saguhati ini diberikan berdasarkan kategori peperiksaan yang diambil serta jumlah A yang diperolehi.

Antara pencapaian terbaik anak-anak ahli ialah 9A+ dalam SPM, 9A dalam PMR dan 5A dalam UPSR/PSRA.

Dalam pada itu, penerima anugerah cemerlang Ahmad Zahir Abu Bakar, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengingatkan anak muda yang masih menuntut ilmu agar menjaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa agar memperolehi keberkatan dalam bidang yang diceburi.

Ahmad Zahir yang kini sedang mengikuti bidang perakaunan di peringkat ijazah pernah menerima Anugerah Naib Cancelor (Anugerah Dekan) di peringkat diploma dalam bidang sama.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page