Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Masjid Telok Megenon Kini Mampu Tampung 1,000 Jemaah

KLANG 2 OGOS : Sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk, Masjid Telok Megenon yang dinaik taraf kini mampu menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Majlis Berbuka puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat di Kampung Telok Menegon, di sini.

Kos menaik taraf sangunan masjid berkenaan berjumlah RM3 juta.

sultan Masjid Telok Megenon 2Masjid terbabit dilengkapi dengan ruang solat utama, ruang solat beranda masjid, tempat wuduk lelaki dan wanita, tandas mesra OKU serta bilik imam serta bilal.

Dalam majlis itu juga, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada seramai 239 fakir miskin, 203 anak yatim dan 100 asnaf mualaf bagi daerah Klang.

Selain itu, Sultan Selangorberkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM1.6 juta daripada tiga syarikat.

Antaranya, UMW Holdings Berhad menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta, diikuti Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebanyak RM391,547 dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjumlah RM200,000.

sultan Masjid Telok MegenonTurut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin.

Sementara itu, Marzuki dalam ucapannya menasihati kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan agar menyemak terlebih dahulu rumah kebajikan agar ia tidak disalah gunakan.

"Mereka mesti menyemak terlebih dahulu rumah kebajikan agar sumbangan yang diberikan tidak disalah gunakan oleh mereka yang berkepentingan atau kepada rumah kebajikan yang tidak diiktiraf.

"Sebagai makluman, sehingga tahun kini terdapat sebanyak 39 buah rumah kebajikan yang berada dalam pemantauan oleh Jais," katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page