Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Ribuan rakyat banjiri Shah Alam sambut kemerdekaan ke-56

SHAH ALAM 30 OGOS: Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi menyambut Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-56 Peringkat Negeri Selangor di sini, malam ini.

Bertema ‘Rakyat Bersatu Selangorku Maju' kemeriahan sambutan itu kian dirasai sekitar jam 9.50 malam.

Ia turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan kepimpinan kerajaan negeri. Tengku Panglima Diraja Selangor yang mewakili Sultan Selangor, hadir sama.

Antara acara menarik ialah perbarisan dan perarakan 45 kontinjen yang terdiri terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta lain-lain jabatan kerajaan.

Turut memeriahkan acara ialah persembahan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan Tatu ATM serta pancaragam sekolah-sekolah.

Sambutan ambang kemerdekaan bakal diakhiri dengan pertunjukan bunga api.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page