Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor sasar 30 peratus kerja pembersihan dilakukan PBT

SHAH ALAM 8 SEPT : Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 30 peratus kerja-kerja pembersihan dalam kawasan perbandaran akan dilakukan oleh pihak dalaman pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Hasrat kerajaan negeri melihat dasar ini untuk melihat pembandaran yang bersih, kondusif dan terurus melalui pelan tindakan yang menyeluruh melalui kerjasama semua pihak lapisan masyarakat," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program Zon Bersih di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4 di sini.

teng PBT bersih 01

Teng berkata, usaha untuk menjadikan kawasan yang bersih perlu menjadi agenda utama semua PBT dengan peranannya bertanggungjawab menjaga kebersihan pada tahap tertinggi.

Kata beliau lagi sudah tiba masanya warga Shah Alam untuk menjalankan kitar semula barangan dengan berkesan yang dapat membantu mengurangkan tapak pelupusan sampah bagi memelihara alam sekitar.

"Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan dan korporat perlu diperkasakan dan diberi nafas baru dengan melaksanakan program berterusan.

"Jika inisiatif ini diteruskan ia dapat mengurangkan masalah-masalah berhubung kait dengan sosio-ekonomi, alam sekitar dan penghijauan bandar," kata Teng.

Turut dihadiri dalam majlis itu Datuk Bandar Shah Alam,Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page