Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pertanian Urban mampu tingkat sosial ekonomi petani

SHAH ALAM 4 OKT : Pertanian Urban (UA) mampu meningkatkan sosial ekonomi golongan petani dan membangunkan sesuatu kawasan yang akan menjana keuntungan rakyat dan negeri.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pelaksanaan UA akan memberikan kesan positif dalam memenuhi permintaan bahan keperluan makanan semasa yang semakin meningkat.

"Saya menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk meneroka UA memandangkan pertanian adalah satu perniagaan yang dapat menjana ekonomi setempat.

"Sudah sampai masa satu pelan perancangan yang holistik dirangka bagi tujuan berkenaan. Dengan adanya perancangan ini, saya cukup yakin pendapatan golongan petani akan dapat dioptimakan ," katanya kepada TVSelangor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai UA di Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Subang Jaya pada 23 dan 24 September lalu.

Abdul Khalid menyatakan respon kepada urbanisasi pesat di Selangor dengan jangkaan 85 peratus kawasan di Selangor akan menjadi bandar menjelang 2020.

Sehubungan itu, Suee Lim berkata, pendedahan tentang skil dan teknologi pertanian yang lebih maju kepada petani harus diberi keutamaan supaya segala objektif yang dikenal pasti dapat mencapai sasaran.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri akan merangka konsep Pertanian Urban (UA) dalam siri mesyuarat melibatkan Menteri Besar, Pejabat-Pejabat Exco bertanggungjawab, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Adun dan penduduk yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, mesyuarat itu nanti mahu mencari formula untuk menerap dan melaksanakan Pertanian Dalam Bandar secara holistik, berkesan dan cekap.

"Pertanian Urban ini satu konsep yang masih dalam perbincangan. Belum ada lagi rancangan yang konkrit untuk dimajukan.

"Oleh itu pihak saya dan Menteri Besar akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Adun, Ahli Majlis dan juga penduduk di kawasan PBT berkaitan untuk mencari satu formula yang terbaik supaya apabila dilaksanakan ia akan berjalan dengan lancar," katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page