Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB lawat projek perumahan SP Setia Bhd

SETIA ALAM, 29 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa lebih setengah jam meninjau perkembangan terkini projek perumahan pangsapuri menggunakan teknik ‘pasang siap' yang diusahakan syarikat pemaju hartanah terkemuka, SP Setia Berhad.

Dalam kunjungan ke tapak projek berkenaan, Abdul Khalid yang diiringi Exco Negeri Selangor diberikan penerangan terperinci berkenaan projek perumahan itu oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SP Setia, Datuk Voon Tin Yow.

Projek perumahan itu antara lain dibina berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Jalan Meru, Klang dengan keluasan rumah dianggarkan kira-kira 850 kaki persegi.

Sebanyak 3,960 unit pangsapuri setinggi 11 tingkat ditawarkan dengan harga pasaran RM220,000 dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik mandi juga kemudahan lain seperti kolam renang.

SP Setia Bhd 02

Projek pangsapuri kos sederhana yang mula dilaksanakan lebih setahun lalu itu mensasarkan golongan berkeluarga dengan pendapatan isi rumah kira-kira RM3,000 sebulan.

Difahamkan, projek perumahan itu sudah habis dijual kepada orang ramai.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page