Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

SUBANG JAYA 16 NOV : Kerajaan Selangor sentiasa menghargai usaha dan inisiatif diusahakan oleh para penggiat dan penganjur aktiviti pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan untuk ke Selangor.

DSC_2871Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerjasama padu antara pelbagai pihak amat diperlukan bagi terus membangunkan dan menjayakan industri pelancongan di negeri ini.

"Saya percaya kalangan penggiat dan pengusaha pelancongan turut berusaha menerbitkan pelbagai risalah dan brosur yang jelas, padat dan menarik dalam pelbagai bahasa sebagai panduan pelancong pelbagai bangsa dan latar belakang.

"Kerajaan Negeri Selangor beriltizam untuk terus membangunkan dan memajukan industri pelancongan di negeri Selangor.

"Kerajaan Negeri melalui subseksyen berkhidmat untuk mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negeri Selangor," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pelancongan 2013 bertempat di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi memberi penghargaan kepada pengusaha-pengusaha, penggiat industri dan operator produk pelancongan negeri ini yang memastikan industri itu sentiasa diselenggara dengan baik dan tersedia untuk kunjungan pelancong.

dorsetTurut hadir Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.

Kira-kira 800 hadirin yang terdiri wakil Pihak Berkuasa Tempatan, pengusaha hotel, pusat membeli belah, restoran serta wakil media cetak dan elektronik yang membantu mengembangkan industri pelancongan di Selangor.

Majlis Apresiasi Pelancongan ini turut menyediakan beberapa anugerah yang terdiri daripada pelbagai kategori untuk diberikan kepada semua pihak dan agensi yang membantu prospek pelancongan sepanjang tahun ini.

Antara kategori yang disediakan adalah Anugerah Ikon Selangor, Hotel tiga hingga lima bintang, Hotel Bajet, Taman Tema, Pusat membeli belah, Restoran, Media, Agensi Pelancongan, Agro Pelancongan


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page