Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program Selangor Government Digital Training (SGDT) Kepada Penjawat Awam Skim Teknologi Maklumat Di Selangor

PELAWAAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN PENSIJILAN SELANGOR GOVERNMENT DIGITAL TRAINING (SGDT) NEGERI SELANGOR TAHUN 2022-2023

Borang Permohonan di pautan : https://forms.gle/RbN3BvV9pg5wfAM28 sebelum 14 Februari 2023

SGDX 2023
Jawatankuasa Tetap Pembudayaan Inovasi dan Smart Selangor akan menganjurkan Program Latihan Pensijilan Selangor Government Digital Training Negeri Selangor Tahun 2022-2023 kepada penjawat awam dalam bidang Teknologi Maklumat Skim (F) yang sedang berkhidmat di Selangor bagi memberi pentauliahan pengiktirafan pensijilan yang menepati kepakaran dan kompetensi mengikut piawaian standard  industri yang diiktiraf oleh Badan-Badan Persijilan Antarabangsa dan Kerajaan Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan keupayaan penjawat awam negeri Selangor bagi melestarikan penggunaan Teknologi Machine Learning 4.0 - Industri Revolusi (4IR) dan terkini dalam mengadaptasikan sistem & teknologi dalam Pentadbiran Kerajaan serta merealisasikan agenda pembangunan Smart Selangor.

Sehubungan itu, program ini dilaksanakan bermula Februari 2023 sehingga Ogos 2023 secara fizikal di Menara Cyber Axis, Cyberjaya. Peserta perlu hadir secara fizikal mengikut tempoh masa kursus yang telah ditetapkan. Program yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Cyber Security Awareness - Risk Management & Data Governance - (27 - 28 Feb 2023)
  • Microsoft Azure Fundamentals - (6- 8 Mac 2023)
  • Microsoft Azure Administrator - (8 - 12 May 2023)
  • CompTIA Cloud Certification - (29 May - 2 Jun 2023)
  • Big Data & Data Analysis Fundamentals - (15 - 16 Jun 2023)
  • Google Data Engineer - (17 - 18 Julai 2023)
  • First Responder Analyst - (25 - 26 Julai 2023)
  • AWS Cloud Foundations (1 - 2 Ogos 2023)

 

Bersama-sama ini disertakan dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan program untuk rujukan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipelawa untuk memohon menyertai program ini. Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan di pautan : https://forms.gle/RbN3BvV9pg5wfAM28 sebelum 14 Februari 2023 atau sehingga jumlah peserta mencukupi.

DOWNLOAD BAHAN RUJUKAN:

DownloadBUNTING PROGRAM SGDT 2022-2023

DownloadBANNER MODUL PROGRAM SGDT 2022-2023

DownloadMICROSOFT AZURE-FUNDAMENTALS-ADMINISTRATOR

DownloadCYBER SECURITY- RISK MANAGEMENT&DATA GOVERNANCE - FIRST RESPONDER ANALYST

DownloadCLOUD ENGINEER-AWS CLOUD FOUNDATIONS-COMPTIA CLOUD CERTIFICATION

 

Urusetia untuk dihubungi:
E-mel: sgdt@selangor.gov.my 

Telefon:-
Puan Nor Kamilah binti Othman 03-5544 7969
Encik Nor Ikmal Halimi bin Morsit di talian 03-5544 7973
Puan Norashikin binti Abu Bakar di talian 03-5544 7560
Puan Nor Azian Binti Ahmad di talian 03-5544 7556

 

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor


Kemaskini pada 2023-02-13 12:56:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page