![]() |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor akan membuka tawaran permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi tahun 2023. Untuk makluman, permohonan ini akan dibuka secara berperingkat dan untuk peringkat pertama akan ditawarkan kepada kategori seperti berikut:
i. Berdasarkan bidang pengajian keutamaan yang ditetapkan (seperti di Lampiran); dan
ii. Bidang keutamaan yang dipilih perlu disenaraikan sebagai Top 100 di dalam QS World Ranking melalui laman sesawang https://www.topuniversities.com
Tawaran ini akan dibuka mulai 26 Januari 2023 (Khamis) sehingga 1 Mac 2023 (Rabu) dan permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my di bawah program Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (Top 100 Universities).
Calon yang berminat adalah dipelawa untuk memohon. Sekian, terima kasih.
|
Kemaskini pada 2023-02-01 08:55:48 daripada Administrator