Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sukma: Selangor sasar sukan tinju perolehi 3 emas

SHAH ALAM 8 FEB: Selangor mensasarkan untuk memperolehi pencapaian tiga emas dalam acara Sukan Tinju dalam Kojohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis nanti.
Exco Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi berkata beliau mengharapkan atlet sukan tinju untuk menampilkan aksi terbaik bagi mencapai sasaran itu.
Tinju

“Saya amat mengharapkan supaya Atlet Tinju Selangor akan beraksi cemerlang untuk mencapai sasaran tiga emas seperti yang disasarkan oleh Persatuan Tinju Amatur Negeri Selangor di dalam SUKMA di Perlis nanti,” kata Dr Yunus.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pusat Latihan Tinju Persatuan Tinju Amatur dan Muay Selangor di Kampung Padang Jawa, Klang baru-baru ini.
Turut serta di majlis perasmian tersebut adalah Pengarah Eksekutif, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, Presiden, Persatuan Tinju Amatur Selangor, Datuk Amiruddin Mohd Radzi, dan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSNS, Mohd Nizam Marjugi.
tinju1

Dr Yunus mengharapkan dengan kewujudan pusat latihan yang baru ini akan dapat melahirkan lebih ramai atlet baru sukan tinju yang berbakat yang boleh mewakili negeri dan negara pada masa hadapan.
Dr Yunus berkata, beliau melihat sukan tinju mempunyai prospek yang baik untuk diketengahkan sebagai sukan yang boleh membina keperibadian dan jatidiri belia serta remaja negeri Selangor.
“Ia kerana ianya merupakan aktiviti sukan yang bermotivasi dan mempunyai disiplin latihan yang sangat ketat,” katanya.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:20:06 daripada Administrator

  •  
  • Print