Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

TNB sumbang buku dan komputer kepada Perpustakaan Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 14 FEB : Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sejumlah 330 buah buku kejuruteraan dan terkinikal serta pembangunan kanak-kanak beserta sepuluh unit komputer bernilai RM136,990 kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini sebagai tambahan rujukan dan kemudahan.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima sumbangan tersebut bagi pihak perpustakaan yang disampaikan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dalam satu majlis di situ, pagi tadi.
sultan 4

Sumbangan itu adalah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB selaras dengan fokus syarikat berkenaan dalam aspek pendidikan untuk memperkayakan lagi sumber bacaan dan rujukan masyarakat pelbagai lapisan.
Sementara itu sumbangan unit komputer online public access catalog (OPAC) pula akan memberi kemudahan kepada para pengunjung perpustakaan untuk mencari buku-buku yang diperlukan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-03-24 09:18:32 daripada Administrator

  •  
  • Print