Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPK pergiat operasi pantau kebakaran hutan Johan Setia

KLANG 15 FEB : Operasi memantau kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Johan Setia baru-baru ini terus dipergiatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui Pasukan Tindakan Segera (Pantas) mereka bagi menghalang ia merebak ke lokasi baru di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin, berkata siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan pembakaran terbuka oleh peneroka haram yang menjalankan aktiviti di situ.

jerebu pembakaran terbuka johan setia 02


Beliau berkata, keadaan cuaca yang kering sejak kebelakangan ini menyebabkan api mudah merebak di kawasan berhampiran dan kedudukan lokasi kebakaran yang berjauhan antara satu sama lain menyukarkan kerja-kerja pemadaman api.

“Faktor cuaca kering menyumbang kepada kebakaran dan ia merebak dengan begitu cepat namun berjaya dikawal oleh skuad Pantas MPK bersama pihak bomba.

“Kerjasama ini banyak membantu operasi memadam agar ia tidak merebak dan mengelakkan skala kebakaran menjadi lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaireezal berkata setakat ini terdapat empat sektor kebakaran yang mula dikesan sejak 5 Februari lepas dan operasi pemadaman terus dijalankan hingga ke hari ini.

Katanya orang ramai turut diminta untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapat maklumat terdapat individu yang memulakan kebakaran seperti kejadian baru-baru ini.

“Skuad Pantas MPK dengan kerjasama pihak bomba akan memantau situasi terkini dan pada masa yang sama meminta kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat individu yang memulakan kebakaran seperti tempoh hari,” katanya lagi.


Sumber: www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-03-24 09:16:35 daripada Administrator

  •  
  • Print