Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor wujud lebih banyak program peluang pekerjaan

SHAH ALAM 9 APRIL : Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif merancang dan melipatgandakan usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama bagi golongan muda, wanita dan ibu tunggal.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata bagi golongan wanita dan ibu tunggal, kerajaan negeri melalui jawatankuasa tetap wanita sudah melaksanakan beberapa program antaranya Program Mikrokredit Selangor (Skimsel) dan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).
dns


Katanya beberapa perancangan lain turut diambil, antaranya menerusi kerjasama dengan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) bagi mewujudkan peluang pekerjaan.
Ia melalui penganjuran program promosi dan menyertai pameran pedagang bertujuan menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara.
“Pada 2013, usaha ini berjaya mewujudkan 14,699 peluang pekerjaan di negeri Selangor, di mana ia meningkat berbanding tahun 2012.
“Selain itu, objektif utama negeri Selangor adalah memastikan setiap keluarga berpendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sama ada bekerja dengan majikan atau kita wujudkan kemahiran untuk bekerja sendiri khususnya bagi wanita dan ibu tunggal yang susah meninggalkan anak mereka kepada penjaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tiew Way Keng (DAP-Teratai) berhubung peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Dalam pada itu, Halimah berkata program Jom Kerja berbentuk karnival yang dimulakan sejak tahun 2009 turut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 7,933 permohonan sehingga kini.
Beliau berkata program berkenaan turut memberi khidmat nasihat kepada golongan muda untuk mencari pekerjaan sesuai berdasarkan kelayakan yang dimiliki.
“Kita juga menganjurkan program kerjaya khusus untuk belia dan ibu tunggal dengan mendedahkan peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat bantuan kewangan.
“Ia seperti khusus asas keusahawanan, pemasaran, pengurusan kewangan dan perniagaan yang telah dibawa melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya lagi.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 10:57:35 daripada Administrator

  •  
  • Print