Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MBSA anjur Gerak Advokasi Denggi pupuk kesedaran masyarakat 20 April ini

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif agresif dengan menganjurkan Program Gerak Advokasi Denggi bagi memantapkan kesedaran dan langkah pencegahan oleh masyarakat terhadap wabak denggi yang semakin menular, pada 20 April ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata program itu adalah gerakan kesedaran awam terhadap bahaya demam denggi dengan kaedah memberi nasihat dari rumah ke rumah secara langsung dan membabitkan pelbagai pihak antaranya pemimpin masyarakat, sukarelawan serta pelajar.

Beliau berkata, selain daripada memberi nasihat dan didikan berkenaan bahaya denggi, MBSA juga akan mengedarkan risalah dengan tujuan memupuk kefahaman kepada semua pihak bahawa wabak itu boleh dikawal jika masyarakat prihatin dan mengutamakan aspek kebersihan dalam kehidupan.

Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan


“MBSA juga meletakkan bahan promosi program ini di tempat strategik seperti surau, masjid, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan restoran bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam serta memudahkan petugas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Program ini akan dijalankan secara serentak dalam masa sehari di seluruh bandar raya Shah Alam melalui enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dikhususkan lagi kepada 24 kawasan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Setiap DUN dan MPP diminta untuk mengenalpasti pemimpin masyarakat yang komited di setiap taman, blok, surau, masjid dan sekolah,” katanya sempena Majlis Pelancaran Program Khas Serentak dan Sepadu Gerak Advokasi Denggi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

IMG-20140413-WA001


Antara pihak yang mengambil bahagian dalam program itu adalah pelajar UiTM, Universiti Industri Selangor (UNISELl), Kolej Komuniti Shah Alam, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Sekitar (SAS), agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri serta warga kerja MBSA.

Mereka yang terbabit diberikan taklimat berkenaanan pelaksanaan program berkenaan bagi tujuan memantapkan pemahaman sebelum berkunjung dan bertemu masyarakat untuk memberi nasihat mengenai lokasi tumpuan nyamuk aedes dan tips pencegahan denggi.

Mohd Jaafar, berkata lebih daripada 300 kumpulan dari 24 MPP dibentuk untuk bergerak di kawasan Shah Alam yang meliputi 290.3 kilometer persegi dan pasukan itu akan mengenakan kemeja T berwarna hitam serta ‘button badge’ tertera perkataan “Gerak Advokasi Denggi Shah Alam” sebagai pengenalan diri.

“Saya berharap warga bandar raya Shah Alam dapat memberikan kerjasama yang baik kepada petugas dengan membuka pagar dan pintu rumah bagi tujuan penerangan serta pemeriksaan.

“MBSA tidak akan mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan ketika projek ini dijalankan, sebaliknya khidmat nasihat dan panduan akan diberikan dalam usaha mencegah wabak denggi daripada terus membiak di kawasan persekitaran,” katanya.


Sumber:   www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-15 11:55:08 daripada Administrator

  •  
  • Print