Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Insentif RM5,000 bantu benteras perlombongan pasir haram

SHAH ALAM 14 APRIL: Selangor peruntukkan RM1 juta insentif kepada orang awam dan agensi yang membantu memberi maklumat dalam isu perlombongan pasir haram di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peruntukan itu mula dilaksanakan sejak 2010 lagi.

Curi Pasir-Grafik


“Melalui mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2010, kerajaan negeri bersetuju memberi insentif RM5,000 diberikan kepada individu atau pasukan berjaya membantu merampas jentera atau tanah pelombong pasir haram,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab satu soalan di Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Selain itu, Pejabat Tanah dan Galian di Selangor juga layak menerima insentif sebanyak RM5,000 hingga RM20,000 bagi setiap rampasan jentera dan tanah pelombong pasir haram.

Kata beliau, tindakan rampasan itu dibuat disebabkan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 128 Kanun Tanah Negara.


Sumber:   www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-15 11:53:15 daripada Administrator

  •  
  • Print