Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usahawan dipelawa sertai program teknologi pembungkusan

KUALA SELANGOR 11 MEI: Usahawan digalakkan untuk menyertai Program 4P (Peningkatan Pengupayaan Pembungkusan Produk) dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan di Selangor.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata program itu mampu membantu para usahawan di negeri itu meluaskan pasaran produk masing-masing termasuk di pasaraya terkemuka negara.
“Dengan pembungkusan lebih bermutu, cantik dan menarik yang betul dan dilengkapi nutrisi serta paten mampu meletakkan produk usahawan kita setanding dengan produk-produk lain di pasaraya besar.
Daroyah Usahawan


“Ini kerana kita lihat produk bumiputra pada masa ini masih kurang terdapat di pasaraya besar,” kata Dr Daroyah ketika merasmikan penutupan Program Karnival Usahawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di sini, malam tadi.
Kata Dr Daroyah lagi, pembungkusan yang menarik juga merupakan salah satu faktor penting yang menentukan sesuatu produk laris di pasaran.
Program 4P anjuran Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu program bagi memberi peluang kepada usahawan negeri itu menimba latihan secara praktikal berkenaan proses pembungkusan produk yang bertaraf tinggi.
Sementara itu, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dalam program sama pula berkata, karnival yang diadakan itu boleh dijadikan sebagai medan untuk untuk usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing sebelum membuat keputusan memperluaskan pasaran produk keluaran masing-masing.
“Kalau nak mengiklankan di surat khabar dan televisyen sesuatu produk memang memerlukan kos yang sangat tinggi. Oleh itu para usahawan boleh memperkenalkan produk masing-masing di karnival ini.
“Usahawan di Ijok juga boleh bertemu dan bertukar-tukar pendapat dan ilmu bagi memajukan perniagaan masing-masing,” kata Dr Idris.
Dalam Karnival Usahawan DUN Ijok malam tadi, hampir 100 usahawan mengambil peluang untuk memasarkan produk masing-masing.
Antara produk yang terdapat dalam karnival itu, termasuk produk berasaskan makanan, pakaian, kraftangan dan lain-lain.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-05-22 11:46:08 daripada Administrator

  •  
  • Print