SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR DAN DESA TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tarikh : 20 Oktober 2024 (Ahad)
Tempat : Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Kg. Tasek Tambahan, Hulu Langat
Semua dijemput hadir
Maklumat program:
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) akan menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2024 dengan tema sambutan "Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar". Program ini diadakan secara kolaborasi bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan DUN Lembah Jaya. Program sambutan ini akan diadakan di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Kg. Tasek Tambahan, Hulu Langat pada 20 Oktober 2024 (Ahad) dan bakal dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Selain daripada program perasmian HPBS 2024, terdapat beberapa program utama yang lain akan diadakan seperti Perasmian Projek Showcase Smart Desa di Dewan Orang Ramai Kg. Sri Taman Baru, Hulu Langat, Anugerah MURNInet2.0 dan Anugerah Jimat Tenaga. Beberapa aktiviti menarik yang lain turut akan diadakan seperti pameran, Bazar Madani, Jualan Rahmah PKPS, Pertandingan Menghias Pulut Kuning, Petting Zoo dan banyak lagi.
Ikuti Media Rasmi JPBD Selangor:
Laman web: https://www.jpbdselangor.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/Jpbdselangor
Kemaskini pada 2024-10-15 11:42:19 daripada Administrator