Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sistem Jalan Sehala PJ berjalan lancar

PETALING, 17 OKT: Sistem lalu lintas jalan sehala yang dilaksanakan di Pusat Bandar Seksyen 52 di sini berjaya melancarkan aliran trafik di kawasan itu.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata sejak pertukaran arah aliran lalulintas itu pelbagai penambahbaikan dilakukan MBPJ bagi mengatasi kesulitan pengguna jalanraya.

SAMSUNG

“MBPJ membesarkan tiga simpang di Jalan Semangat-Jalan Utara, Persimpangan Lebuhraya Persekutuan ke Jalan Timur dan Jalan Utara.

“Ia dengan enambah penghadang jalan, bilangan papan tanda tunjuk arah dan kain rentang keselamatan dan memudahkan pengguna,” katanya.

Rajiv berkata demikian kepada pemberita ketika memantau aliran trafik di LRT Asia Jaya, Jalan Utara di sini, petang semalam.

Tinjauan Selangor Kini ke lokasi berkenan jam 6 petang semalam mendapati aliran trafik di semua arah bergerak lancar.

Antara lain, MBPJ juga mengaktifkan lampu isyarat pejalan kaki di tiga lokasi mendesak bagi memudahkan orang awam melintas jalan.

Tiga lokasi itu ialah di Jalan Yong Shook Lin (Ibu Pejabat MBPJ), Jalan Barat (bangunan MCIS/ Giant) dan Jalan Timur (Amcorp Mall).

“Atas aduan dan cadangan orang awam, MBPJ akan memasang dua lagi lampu isyarat pejalan kaki iaitu di LRT Asia Jaya dan Crystal Crown.

“Sistem jalan sehala ini dengan penambahbaikan menjayakan hasrat aliran trafik lebih lancar dan mengurangkan kemalangan pengguna dan pejalan kaki,” jelasnya lagi.

Kira-kira 128 penguatkuasa MBPJ ditugaskan di 12 lokasi terpilih bagi memantau aliran trafik serta membantu pengguna jalan raya.

“Terima kasih kepada semua anggota MBPJ dan Polis terlibat dalam membantu pelaksanaan perubahan sistem trafik yang besar di sini,” katanya.

Bermula 12 Oktober lalu, MBPJ mengaktifkan pertukaran arah aliran lalulintas di kepada Jalan Sehala di Pusat Bandar Seksyen 52 dengan melibatkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Timur, Jalan Utara dan Jalan Yong Shook Lin.

Lapan kawasan sekitar iaitu Amcorp Mall, Hotel Hilton, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kimia, Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Dewan Sivik MBPJ, Balai Polis Petaling Jaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Mata Tun Hussein Onn dan Menara MBPJ.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:36:33 daripada Administrator

  •  
  • Print